Tuesday, November 12, 2013

penyakit antara yang tersakit

ada satu penyakit
penyakit merbahaya
samaada berjangkit ataupun tidak
itu belum dapat dipastikan

penyakit ini bahaya
kehadiran setitik alamat menempah bencana
merosakkan hati, menyempitkan fikiran
silap silap menempah maut

penyakit ini bahaya
rasa tak bersyukur
rasa tak dihargai
bila dikumpul, mampu meracunkan

penyakit ini ada namanya
bermula dengan c
tengahnya m dan b
hujungnya u

penyakit ini bahaya
nama lainnya hati yg dengki
segala sifatnya gelap
menggelapkan segenap organ yang terlibat

penyakit ini bahaya
namun masih ada ubatnya
pulanglah, istiqamahlah, berusahalah
kerana Dia sentiasa ada

pujuk hati,pujuk jiwa
terbitkan rasa bersyukur
tanamkan bersifat terbuka
insyallah, ada jalannya

No comments:

Post a Comment