Ada satu taman
Taman penuh dengan bunga
Segala jenis, segala warna
Mekar, tak satu pun yang layu
Tak satu pun yang pudar
Tapi sayang
Taman tu dipagari
Tuan nya tak ingin berkongsi
memori
Meletakkan satu jurang
Tidak memberi satu peluang
Pada pelawat yang ingin
Menghargai keindahan taman
Pernah disinggahi
Namun taman itu musnah
Dipijak, dicabut, dirobek
Terbiar, tandus, ditikam
Meninggalkan memori
Cukup untuk meruntun perasaan
Tinggalan hanya rautan akar
Yang masih memberi nafas
Yang masih memberi pengharapan
Untuk bunga kembali mekar
Mekar dengan baja
Mekar dengan air
Mana tahu
Mungkin pada satu hari
Mampu membawa taman
Ke puncak tertinggi
Di mata Sang Pencipta, tuan dan
taman
Sekarang
Taman itu dijaga rapi
Pagarnya terkunci rapat
Tak satu pelawat mampu untuk
memasukinya
Namun hingga kini
Taman masih disinggahi
Tetapi hanya untuk tatapan
Bukan untuk baja ditaburkan
Taman termanggu
Mahu membalas budi sang pelawat
Yang setia menanti diluar pagar
Menunggu masa taman dibuka
Agar dapat berkongsi memori
Tetapi taman tidak mampu
Apabila taman terkunci
Dan dijaga rapi
Oleh tuan kepada taman
Maafkan taman.
p/s: adapun nurkilan diatas, bukanlah satu luahan, hanya coretan, mengisi masa lapang, dan mengalih perhatian, dari post kelam, lagi tenggelam, dengan perasaan
No comments:
Post a Comment