Sunday, July 21, 2013

Bahagia Keduniaan

Ya Allah...
Hari demi hari ya Allah...
Aku makin dekat dengan Kau ya Rabb...
Boleh tak Kau tunaikan permintaan ku ini ya Allah...

Umur aku 23 dah ya Allah, mungkin masih muda..
Tapi hati ni kadang2 risau jugak bila fikir tentang jodoh...
Satu saja yang aku pohon..

Andai ada jodoh ya Allah, andai orangnya baik disisi Kau ya Allah,
Kau rapatkanlah, Kau satukanlah kami berdua keranaMu ya Allah...

Namun, andai tiada jodoh antara kami ya Allah,
Kau jauhkanlah, Kau pisahkanlah kami secara baik ya Allah..

Ampunkan aku, aku tidak cukup baik untuk menjadi umat Islam yang sempurna dimata Mu
Di saat aku perlu letakkan Kau jauh nan tinggi kedudukan dihatiku ya Allah
Aku lalai..ampuni dosaku ya Allah

Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Melihat dan Maha Mendengar,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Tiada Tuhan melainkan Kau ya ALLAH, amin ya Rabb

Wednesday, July 17, 2013

Amar makruf Nahi mungkar - Pinggan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pagi-pagi ni aku terfikir sekejap.
Sempena bulan Ramadhan ni, cukup ke kalau kita sekadar melebihkan ibadah?
Ibadah seperti solat terawih, solat dhuha, membaca Al-quran.
Kawan-kawan rasa cukup ke kalau semata itu kita tumpukan?

Sebenarnya baru terfikir tadi, masa bersahur
Sememangnya senang untuk kita untuk maaf-memaafi sesama insan
Lagi-lagi dengan sahabat kita, kawan seoffice, housemate,dan yang lain-lain
Salah mana pun diorang, sedikit sebanyak kita akan memaafkan
Walaupun terkadang hati tu keras, macam batu, kena slow2 sikit

Tapi pernah tak korang terfikir?
Betapa susahnya nak mengajak rakan-rakan kita, sahabat-sahabat kita
untuk berbuat amar makruf nahi mungkar
Iaitu mengajak kepada kebaikan, dan mencegah dari kejahatan.
Kebaikan itu pula merangkumi segala aspek.
Bukan setakat ibadah, tapi termasuk juga akhlak akidah etc.

Sebagai contoh pagi tadi
Nak marah tak sampai hati, nak tegur tak berani
Semuanya gara-gara pinggan yang bertimbun-timbun dalam sinki
Dan akhirnya dengan sendiri tangan ni laju tolong basuhkan
Walaupun sudah mendefence diri sehabis mungkin
untuk tak me'dishwashing' dari lepas berbuka malam tadi
Saja nak ajar diorang berdikari

Apa kaitan plak pinggan dengan Amar makruf nahi mungkar?
Yela, cuba kawan-kawan fikir
Islam itu agama yang suci
Dan kebersihan sangat-sangatlah dituntut
Bukan sekadar kat tikar sembahyang je
Kalau boleh sekeliling kita pun haruslah bersih
Barulah selesa, nak beribadah senang, nak buat apa pun senang

Ini tak, kita beli macam-macam dekat bazar
Konon untuk berbuka puasa
Lepas berbuka kita tinggal camtu je, pergi maghrib.
Kalau duduk seorang je dekat rumah takpe
Cuba kalau dalam satu rumah sewa,amacam rupa sinki tu agak2?

So, what i'm trying to say is that, don't make your habit Is a habit Forever!
A good habit is good, perhaps could lead to good deed.
But what about bad habit?
Macam guna pinggan, guna cawan
Lepas tu tinggalkan je
Tak ke tak senonoh tu, lagi-lagi perempuan
Time tu la nampak kredibiliti masing2 nak jadi isteri belum cukup lagi

Aku bukan nak menyindir, jauh sekali niat tu dalam hati, I know I'm not perfect
Cuma aku baru perasan, memang aku susah nak tegur orang
Pahit macam mana pun telan je demi jaga persahabatan, perhubungan
Mungkin belum cukup kuat untuk menjadi seorang umat Islam yang terbaik
Melainkan orang tu aku rasa hati dia lembut, boleh dinasihatkan cara baik
Tup2 dapat kawan sambil lewa, masuk telinga kiri keluar telinga kanan?
Parah jugak kan nak berjuang amar makruf ni

Mungkin diorang tak pernah hidup susah kot
Tak pun ada maid dekat rumah
Well, I don't have one
And my mum until right now is still working office hour
Dulu masa kecik2 suka lambakkan cawan dalam sinki
But then one day, I'd come to my senses
Kesian mak aku, penat2 balik keje, kena kemas apa yang aku dah sepahkan
Kesiankan. Mak sendiri tu.
Kawan-kawan ada tefikir tak?

Tak salah kita tolong menolong,
Jangan bebankan satu tanggungjawab terhadap seseorang
Berusahalah untuk mengubah diri, mengubah habit
Insyallah, akan datang banyak kebaikan dari apa yang kita buat
Mana taw dapat jadi isteri mithali dimata suami
Kan dah setapak nak masuk syurga tu

So pagi ni ini je yg ada untuk dikongsi,
Harap kita sama2 muhasabah diri, perbetulkan apa yang tak betul
Aku tak sempurna tapi aku ingin jadi yang sempurna
Sekadar berkongsi dan selamat berjumpa lagi
Assalamualaikum :)

Thursday, July 11, 2013

Sambal Sotong Cik Wanie

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni sahur pukul 5:20, imsak pukul 5:26
Hahaha, angkara si housemate yang berjanji manis
Katanya nak gorengkan mee, tup-tup dia goreng mee dalam mimpi daa
Bangun je terus turun dapur, tak sempat pun nak masak air
Bukak kotak kurma, sempat la rembat dalam 3biji
Lagi satu my mindset believed that I need to eat something that heavy
Then mata pun ternampak roti, nak buat apa dengan roti tu??
Nak kuarkan marjerin dari peti ais kompen la sampai ke pagi pun tak cair kan
Pastu apa lagi, nasib baik ada tin susu beli haritu.
Tuang then ratakan atas roti, merasa la bedal dalm 2keping,gheehee
Resipi paling cepat and selalu jugak buat

Malam tadi masak sambal sotong and goreng sayur kobis
Tiba-tiba teringin nak makan benda lain, balik-balik ayam je
Try punya try  and without testing
I repeat without testing ya!!
My recipe actually works, tadaaa
Garam cukup and pedas pun standard, both of them
Bangga sekejap,hee

Resipi dia kat bawah ni if nak try la:

3biji bawang putih
1biji bawang besar
1/2kg sotong bersihkan
Lada boh dalam 4-5sudu
Garam secukup rasa

Mula-mula kita tumbuk bawang putih and a portion of bawang besar tadi. It is best if we blend it sebenarnya, those 3BP + 1BB, barulah kuah nampak smooth je. Tapi takpe sebab this is my first time and BB limited plak. Then tumis dengan minyak masak, jangan overload pulak, nanti oily kuah kita. Pastu tambahkan lada boh and biarkan dia mendidih sampai terbit minyak. Ramai tak tahu pasal terbit minyak, I pun not really sure, but you have to trust your instinct. Agak-agak nampak minyak atas surface tu dah kira ok la kot. Tips terbaik for any sambal is Make Your Own Lada Blend. Sebab yang kita beli dekat market tu, dia dah add dengan pengawet kot, untuk maintain for long period. So better use a fresh blended one if you want your sambal to be kaww and sedap. Lepas dah terbit minyak tu, barula masukkan sotong kita tadi. Jangan lupa pulak bersihkan dulu, especially gigi dia dekat bahagian kepala tu,  bahaya tau.. Agak2 dalam 10minit, kacau selang seli, sotong pun dah nampak masak tutup api and salin. Kalau nak nampak berseri tambah sekali bawang besar hiris masa masukkan sotong tadi. Baru nampak meriah and sambal can't stand alone without his buddy, the bawang besar!!

So basically tu je yang nak dishare today.
I'm glad I did my best, hope next time boleh improve lagi.
Selamat mencuba to the first timer, wish you all the best.
Semoga jumpa lagi, assalamualaikum :)

Wednesday, July 10, 2013

My Very Own Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
For the first time in my life, I dream to have a one big fully-equipped kitchen.
Tak besar pun takpe janji lengkap serba-serbi.
Tiba-tiba rasa berkobar-kobar nak masak sempena berpuasa ni.
Namun hajat dihati terpaksa ditangguh apabila ada insan lain yang sudah mengambil tempat.
It's okay wanie, kira dah rezekikan orang nak masak untuk kita.
Maybe Allah saja nak rehat-rehatkan kau. Lagipun sedap apa makan orang lain masak.

And luckily my house, actually my nenek house is under renovation.
Hope that when it is finished, I could decorate my kitchen by my own.
Kenapa tiba-tiba nak memasak ni? Buang tebiat ke?
Hurm, maybe datang dari darah mak aku.
She is a tremendous chef.
But sadly, she's not cooking anymore, of course sebab dia tak sihat.
And we often went out to have dinner.
I miss that time when she cook us a whole lot of bihun sup, capacity macam untuk sepuluh orang kau,haaa.
Hopefully I could be like her one day.
Seorang suri rumah yang tak jemu untuk memasak untuk keluarganya,amin.

p/s: Tengah hari tadi pergi beli barang basah, best sebab pergi sorang-sorang.
Biasa kalau kita pergi berdua atau lebih,mesti kena ikut orang tu pergi mana,tercari-cari takut sesat, apa yang kita pilih kadang-kadang dia tak berkenan. So next time I would love to shop alone. Or two maybe, if my future husband shares the same taste, hee. 

So that's all. Saja menulis menghilangkan bosan. Lagipun debu blog ni dah bertahun tak dibersihkan, saja bagi ceria sikit,kann. Semoga jumpa lagi,assalamualaikum :)