Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pagi-pagi ni aku terfikir sekejap.
Sempena bulan Ramadhan ni, cukup ke kalau kita sekadar melebihkan ibadah?
Ibadah seperti solat terawih, solat dhuha, membaca Al-quran.
Kawan-kawan rasa cukup ke kalau semata itu kita tumpukan?
Sebenarnya baru terfikir tadi, masa bersahur
Sememangnya senang untuk kita untuk maaf-memaafi sesama insan
Lagi-lagi dengan sahabat kita, kawan seoffice, housemate,dan yang lain-lain
Salah mana pun diorang, sedikit sebanyak kita akan memaafkan
Walaupun terkadang hati tu keras, macam batu, kena slow2 sikit
Tapi pernah tak korang terfikir?
Betapa susahnya nak mengajak rakan-rakan kita, sahabat-sahabat kita
untuk berbuat amar makruf nahi mungkar
Iaitu mengajak kepada kebaikan, dan mencegah dari kejahatan.
Kebaikan itu pula merangkumi segala aspek.
Bukan setakat ibadah, tapi termasuk juga akhlak akidah etc.
Sebagai contoh pagi tadi
Nak marah tak sampai hati, nak tegur tak berani
Semuanya gara-gara pinggan yang bertimbun-timbun dalam sinki
Dan akhirnya dengan sendiri tangan ni laju tolong basuhkan
Walaupun sudah mendefence diri sehabis mungkin
untuk tak me'dishwashing' dari lepas berbuka malam tadi
Saja nak ajar diorang berdikari
Apa kaitan plak pinggan dengan Amar makruf nahi mungkar?
Yela, cuba kawan-kawan fikir
Islam itu agama yang suci
Dan kebersihan sangat-sangatlah dituntut
Bukan sekadar kat tikar sembahyang je
Kalau boleh sekeliling kita pun haruslah bersih
Barulah selesa, nak beribadah senang, nak buat apa pun senang
Ini tak, kita beli macam-macam dekat bazar
Konon untuk berbuka puasa
Lepas berbuka kita tinggal camtu je, pergi maghrib.
Kalau duduk seorang je dekat rumah takpe
Cuba kalau dalam satu rumah sewa,amacam rupa sinki tu agak2?
So, what i'm trying to say is that, don't make your habit Is a habit Forever!
A good habit is good, perhaps could lead to good deed.
But what about bad habit?
Macam guna pinggan, guna cawan
Lepas tu tinggalkan je
Tak ke tak senonoh tu, lagi-lagi perempuan
Time tu la nampak kredibiliti masing2 nak jadi isteri belum cukup lagi
Aku bukan nak menyindir, jauh sekali niat tu dalam hati, I know I'm not perfect
Cuma aku baru perasan, memang aku susah nak tegur orang
Pahit macam mana pun telan je demi jaga persahabatan, perhubungan
Mungkin belum cukup kuat untuk menjadi seorang umat Islam yang terbaik
Melainkan orang tu aku rasa hati dia lembut, boleh dinasihatkan cara baik
Tup2 dapat kawan sambil lewa, masuk telinga kiri keluar telinga kanan?
Parah jugak kan nak berjuang amar makruf ni
Mungkin diorang tak pernah hidup susah kot
Tak pun ada maid dekat rumah
Well, I don't have one
And my mum until right now is still working office hour
Dulu masa kecik2 suka lambakkan cawan dalam sinki
But then one day, I'd come to my senses
Kesian mak aku, penat2 balik keje, kena kemas apa yang aku dah sepahkan
Kesiankan. Mak sendiri tu.
Kawan-kawan ada tefikir tak?
Tak salah kita tolong menolong,
Jangan bebankan satu tanggungjawab terhadap seseorang
Berusahalah untuk mengubah diri, mengubah habit
Insyallah, akan datang banyak kebaikan dari apa yang kita buat
Mana taw dapat jadi isteri mithali dimata suami
Kan dah setapak nak masuk syurga tu
So pagi ni ini je yg ada untuk dikongsi,
Harap kita sama2 muhasabah diri, perbetulkan apa yang tak betul
Aku tak sempurna tapi aku ingin jadi yang sempurna
Sekadar berkongsi dan selamat berjumpa lagi
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment