pagi tu, aku bangun macam biasa..
subuh gajah, masa zaman jahiliah dulu2
lepas subuh pengsan balik, sedar2 dah pukul 8pagi
aku bangun, pergi basuh muka, dan buat apa yang patut
terasa rajin, ambil gayung untuk isi makanan ayam
jagung yang warnanya kuning terasa menjemput2
tapi aku masih sedar yang aku masih lagi manusia
sikit2 aku taburkan, dengan harapan diorang bersyukur
tanpa aku sedar yang mereka itu adalah ayam, sebenarnya
lalu depan kotak periuk nasi
dengar bunyi decipan anak2 ayam
sambil mata meliar, aku ternampak ibu ayam
setia menanti dengan warnanya yang putih kelabu itu, cantik!
dengan muka dapat baby baru, dihiasi mulut muncung nan satu
4anak dalam kotak, 1ibu luar kotak, nun jauh 5meter
barangkali takut dengan aku,yang disangka dinosour gamaknya
aku ambil gayung tadi, aku sumbatkan kesemuanya
mata tertangkap pada sebiji lagi telur berwarna coklat cair
ah, mungkin dah masuk angin, mungkin juga telur tembelang
aku hantar anaknya ke bawah, atas tanah
mencanak2 si ibu ayam berlari mengepak2 sayapnya
barangkali excited menimang anak, mungkin juga aku dinosour lagi buatnya,
disusup2 anaknya dibawah kepak, penuh kasih sayang kononnya
mak aku pun tak buat camtu, kalau ya pun ada dan pernah
alamat laa ni tiada orang la yang nak tulis entry ni
esok hari, rutin yang sama,
ayam yang sama, jagung yang sama
taburan makanan yang sama
dengan harapan dapat makan ayam yang gemuk
lalu depan kotak periuk nasi semalam,
terdengar lagi bunyi decipan anak ayam
eh, telur tu tak jadi ke nak buat tembelang?
ada sekor anak ayam, bulat mata memandang,
warnanya yang kuning macam jagung, menjemput2 perlelehan air liur
tapi nasib baik, aku masih sedar yang aku dalam golongan manusia
jauh dari jahiliah, penuh kesusilaan dan peradaban
aku letak macam biasa
dengan harapan ibu dia kenal dengan bau dia
dan teruskan hari dengan apa yang patut
petang, seolah2 bertemu janji,
aku bertemu anak ayam kuning, mata bertentang mata
mulutnya bising, tiada kelibat ibu disisinya
kasihan, hati aku yang penuh dengan muka segala jenis binatang ni rasa kasihan
aku cuba suakan, tapi ibunya mencatuk, barangkali saja berniat nak membuang anak
citt, aku geram, aku tekup anak ayam tu!
biar mati biar hilang bunyi decipan dia!
tapi aku tak sekejam itu, aku masih punya akal
aku ambil, masukkan dalam kotak
dialas dengan tuala berwarna peach
ibarat sedondon tonanya dengan warna bulu menggebu itu
aku raba nasi putih semalam
saja aku suakan ke paruh kecil itu
mematuk dia kelaparan, kasihan
aku ambil penutup botol, aku isikan air masak
aku ajar dia mencatuk air
aku dengan jari, dia dengan paruhnya
pandai, comel, dan yang penting manja
hari2 aku makin happy
mana aku pergi dia pun pergi
tak ingat nama timangannya
tapi sayang, kasih yang terbina cuma sehari
hari esoknya dia mati, ditangan ibu tirinya sendiri
bukan ditangan, tapi dilutut ibunya
terkulai layu, mata sedikit pun tak terkedip
tiada lagi ciuman dari paruh dia
tiada lagi bebelan dia, rayuan dia
she's gone, gone forever
aku? meraung macam orang gila
kali pertama aku begitu, mungkin juga kerana gene kami
akak aku meraung sebab beg kena ragut
aku meraung sebab baru lepas jadi pembunuh
dengan tersedu2, aku ambil anak ayam kuning tu
aku balut dengan tisu, aku kemaskan lipatan tisu tu
aku gali lubang belakang tanah, tak berapa dalam
tapi cukup nak tutup sekujur tubuh si badan kuning
i'm sorry
mungkin ada hikmahnya Allah jadikan makhluk
berlainan bentuk, berlainan akal, berlainan perasaan
dan hari tu, aku sedar, susahnya menjadi seorang ibu
dan manusia tak mungkin dapat menjadi ibu yang terbaik
kepada makhluk yang lain
p/s: nurkilan ni terhasil daripada memori yang lalu, dalam excitednya menjadi ibu. bila dikenang ketawa terburai, tapi bila dikenang lagi, sedih menerpa
terima kasih, kerana hadir, menjadi penghibur hati, yang pernah kering, ralat berdiri
No comments:
Post a Comment