Saturday, November 16, 2013

Obsesi Minda

hati dia sakit
katanya
cemburu bertandang
tiap kali dua wajah terbayang

hati dia sakit
tanpa sebab yang kukuh
dimain perasaan sendiri
tanpa tiang untuk tegak berdiri

hati dia sakit
tanpa asas, tanpa tujuan
melepaskan geram
pada satu sasar, yang kelam

hati dia sakit
tidak berkembang untuk sihat
tidak mahu berganjak dari titik bulat
mahu berlegar, sampai bila?
dirinya pun tertanya tanya

kasihan dia
ditelan perasaan kosong
mencari sebab musabab, untuk kepuasan diri
bagi melepaskan nafsu, amarahnya sendiri

kasihan dia
andai dia tahu ceritanya dikenali orang
pasti dia malu
sedangkan luarannya tidak sebegitu
dikenali orang sebagai si ceria
yang tiada masalah jiwa

note:
semalam kami berbicara, membongkar satu rahsia, seorang junior, yang sakit hatinya, dek keobsesian, terhadap minda sendiri, kasihan, moga  Allah turunkan hikmah atas segala apa yang berlaku..mungkin dia tidak sengaja, biarkan dia, biar dia ditelan masa

No comments:

Post a Comment