Wednesday, May 21, 2014

manusia dan tamak

manusia dan tamak
ibarat roti canai dan kuah kari
tak boleh dipisahkan dan kurang sesuai dengan pilihan lain
tamak bagi aku nampak tak nampak je kat seseorang
for example, right now aku baru je listkan 4-5 orang yang aku kenal
yang akan kahwin dalam masa terdekat
MasyaAllah, senangnya jodoh diorang sampaiii~~
Happy tuk diorang of course, tapi at the same time
sedih dan tamak tuk tunggu saat tu
sedangkan aku sendiri sedar yang aku masih belum cukup mampu nak jadi bini orang
nak jaga famili sendiri tak tertanggung
apatah lagi nak menambah famili sendiri~~keliru tak,hahha
kadang2 aku wonder jugak, 
bila agaknya time aku nak sampai, teringin jugak nak tahu
tapi tu semua qada' dan qadar
so we wait and see jela
habis cerita~~~
papepun aku doakan akak aku sampai jodoh dia, insyaAllah amin

p/s: terkadang rasa nak melamar jejaka idaman, malangnya kudrat belum cukup brann,heee

Tuesday, May 6, 2014

dosa

kadang2 aku rasa aku dah buat cukup baik
tapi bila fikir2 balik, ramai lagi lebih baik daripada aku
dengan senang hati, aku cuma berdoa, menutur karangan doa sendiri
berzikir ala cukup syarat, berharap semua diterima
kemudian aku sedar yang
ramai yang berbuat lebih dari itu
solah hajat, solat dhuha, solat tahajud
aku kecewa
tapi aku gagahkan diri untuk belajar
satu persatu ibadah sunat dan sunnah cuba aku terapkan

tapi acapkali aku cuba kejar kebaikan
Kau turunkan dugaan yang aku rasa aku tak mampu atasi
bukan aku menyesal, malah aku percaya
yang Kau hanya turunkan dugaan kepada hambaMu yang mampu
tapi acapkali aku kecewa dengan diri sendiri
semakin jauh aku kejar
semata ingin menjadi muslim sejati
sekadar mendekatkan jurang antara aku dengan sahabat Rasulullah
semakin aku rasa jauh dari engkau ya Allah

terus terang hati ini masih belum cukup teguh
aku masih dibayangi dosa yang terang lagi kelihatan
ampunkan aku Ya Allah
aku bukan hamba sempurna

penyesalan yang tak berkesudahan

Friday, April 11, 2014

you

if to be with you is only a dream,
then I'll be dreaming for forever
cause seeing your face make me ache
of those past that came unwillingly
may we someday meet
when we are other person than before
hope you'll recognize me as a friend
and I'll recognized you as my crush
life's so cruel
you just don't have choices in things you want
or perhaps you're afraid
to stand out, to rise up
to leave others
for achieving yours

sweet memoir of you
-wanie-

Thursday, March 20, 2014

masa kecik1 - belajar

dilahirkan dalam keluarga ibarat kais pagi makan pagi,
pembelajaran kami adik beradik tak pernah diabaikan
sekering-kering tangki minyak kereta mak, 
dia tetap akan hantar kitaorang pergi sekolah
dulu tunggu bas sekolah, hujan2 pun sanggup tunggu
semata-mata tak nak terlepas, walaupun sehari
pernah mintak kat mak, nak cuti boleh tak?
demam...
jawapan dia sama je, demam la panas mana pun
pening la ribut mana pun
jawapan tetap tak boleh, kitaorang pun mula lah hurm...
belajar belajar belajar

kak sue suka belajar
mak cakap dulu dia suka baca buku
aku pulak, walaupun mak tak cakap apa,
tapi aku tahu apa keje aku buat
tengok cerita cina pukul 6
mula buat kerja sekolah bila dah pukul 10 ke atas
kalau sekolah lain mungkin sempat nak siap sebelum pukul12
tapi sekolah puteri jalan labu?jangan harap la
tidur pun dekat pukul2 ke 3
itu pun belum gerenti kerja sekolah habis siap

adik aku?
dia mestilah ikut jejak langkah akak dia
iaitu aku,hehe
tengok cerita sama2, main sama2
tapi aku tak perasan bila masa dia buat keje
last2 tinggal aku seorang je terkontang kanting
siapkan kerja sekolah,huhu

sekarang semuanya dah besar
mak aku pun dah tua, dah tak membebel macam dulu dah
pegang buku tak pegang buku, dia tak kisah
yang aku ingat, tiap kali nak berpisah, mesti dia pesan belajar rajin2
lepas tu dia sedih, menangis
masa kecik2 aku pun tak tau kenapa dia selalu sangat sedih
tapi bila dah besar ni, lepas berapa tahun aku tengok dia jerih susah payah
besarkan kitaorang, sekolahkan kitaorang, sara hidup kitaorang
aku faham dah, kenapa dia nangis dulu
dan aku tahu dah maksud sebenar dugaan hidup

tujuan aku tulis entry ni?
aku pun tak tahu kenapa
sebab benda ni kenangan, legend dalam hidup aku
yang tak mungkin ada orang lain dekat posisi aku sebagai seorang shazwani
rindu kat mak aku? mungkin ya, tapi aku doakan dia baik2 saja
kadang2 aku suka putar balik kenangan dulu
sebab benda2 macam ni boleh insafkan aku
kukuhkan hubungan kami sekeluarga
dan mana tahu satu hari nanti
aku mungkin dah nyanyuk
atau ditarik nikmat oleh Allah s.w.t
bolehlah singgah balik blog ni, kalau2 masih ingat nak tekan apa
harap2 semua baik2 sahaja

p/s: wanie redha dengan kehadiran dan pemergian abah, semoga dicucuri rahmat, amin

Tuesday, March 11, 2014

tenang

musibah
tiada siapa minta
tapi hampir semua orang dapat

ketenangan
ramai yang impikan
tapi tak semua orang kecapi

ketenangan dan kelapangan
hanya seorang je dalam dunia ni yang ada kedua2nya
Rasulullah
Nabi Muhammad (S.A.W)

jauhnya sikap kita nak dibanding dengan nabi
baru dijentik sikit, dah meraung2
baru di'cucuk' sikit, hati dah meruap2
sejenak terfikir,baru kita kembali tenang

hati punya nafsu,
hati punya perasaan,
tapi bagaiman nak kawal kedua2nya,
masih tidak ketahuan

indahnya hidup bila tenang
semua yang berlaku pasti ada hikmah
tak timbul soal prasangka dan hasad
semua dijalani dengan hati yang lapang

percaya adanya Tuhan
percaya hadirnya takdir
keep faith strong and stronger
lets just not settle with a tiny 'iman'
should we