dilahirkan dalam keluarga ibarat kais pagi makan pagi,
pembelajaran kami adik beradik tak pernah diabaikan
sekering-kering tangki minyak kereta mak,
dia tetap akan hantar kitaorang pergi sekolah
dulu tunggu bas sekolah, hujan2 pun sanggup tunggu
semata-mata tak nak terlepas, walaupun sehari
pernah mintak kat mak, nak cuti boleh tak?
demam...
jawapan dia sama je, demam la panas mana pun
pening la ribut mana pun
jawapan tetap tak boleh, kitaorang pun mula lah hurm...
belajar belajar belajar
kak sue suka belajar
mak cakap dulu dia suka baca buku
aku pulak, walaupun mak tak cakap apa,
tapi aku tahu apa keje aku buat
tengok cerita cina pukul 6
mula buat kerja sekolah bila dah pukul 10 ke atas
kalau sekolah lain mungkin sempat nak siap sebelum pukul12
tapi sekolah puteri jalan labu?jangan harap la
tidur pun dekat pukul2 ke 3
itu pun belum gerenti kerja sekolah habis siap
adik aku?
dia mestilah ikut jejak langkah akak dia
iaitu aku,hehe
tengok cerita sama2, main sama2
tapi aku tak perasan bila masa dia buat keje
last2 tinggal aku seorang je terkontang kanting
siapkan kerja sekolah,huhu
sekarang semuanya dah besar
mak aku pun dah tua, dah tak membebel macam dulu dah
pegang buku tak pegang buku, dia tak kisah
yang aku ingat, tiap kali nak berpisah, mesti dia pesan belajar rajin2
lepas tu dia sedih, menangis
masa kecik2 aku pun tak tau kenapa dia selalu sangat sedih
tapi bila dah besar ni, lepas berapa tahun aku tengok dia jerih susah payah
besarkan kitaorang, sekolahkan kitaorang, sara hidup kitaorang
aku faham dah, kenapa dia nangis dulu
dan aku tahu dah maksud sebenar dugaan hidup
tujuan aku tulis entry ni?
aku pun tak tahu kenapa
sebab benda ni kenangan, legend dalam hidup aku
yang tak mungkin ada orang lain dekat posisi aku sebagai seorang shazwani
rindu kat mak aku? mungkin ya, tapi aku doakan dia baik2 saja
kadang2 aku suka putar balik kenangan dulu
sebab benda2 macam ni boleh insafkan aku
kukuhkan hubungan kami sekeluarga
dan mana tahu satu hari nanti
aku mungkin dah nyanyuk
atau ditarik nikmat oleh Allah s.w.t
bolehlah singgah balik blog ni, kalau2 masih ingat nak tekan apa
harap2 semua baik2 sahaja
p/s: wanie redha dengan kehadiran dan pemergian abah, semoga dicucuri rahmat, amin
No comments:
Post a Comment