Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun
Di suatu hari Ayah berkata
Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya kucium
Air mata mengalir hatiku pilu
Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan Ayah semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menangis
Andai Ayah gugur doakan biar syahid
Selamat berjuang Ayah tercinta
Kau pergi dulu Ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam
Wahai abangku ke mana Ayah
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah
Wahai abangku ke mana Ayah
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah
Duhai adikku sayang jangan menangis
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah
Berjuang dan berkorban walau di mana jua
Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam
Lagu ni tiba2 ke udara di corong radio semalam. Aku terdiam. Aku bergenang.
Ya, mungkin abahku pergi bukan dalam syahidNya, tapi aku tetap rindukan seorang ayah
Walau sekejap namun cukup buatkan aku terimpi2 keadaan sekiranya arwah abah masih ada
apa mungkin aku akan bercerita pada dia tentang siapa yang berkenan dihati
apa mungkin dia akan menghantar dan menjemput aku tatkala mahu kemana2
apa mungkin dia akan bersama2 kami saat suka dan duka
Dan aku terkedu. Melihat diri sendiri. Merenung impian yang tidak tergapai. Mengenang nikmat yang singgah sebentar. Memendam impian luhur seorang anak.
Selamat Hari Raya Abah
Haji Mohamed Bin Abdul
TL: 091239
TM: 040108
I miss the way we enjoy our talks T-T