hitam
itu apa yang aku nampak
hitam
itu apa yang aku lihat
sudah puas aku selongkar
sudah penat aku mengejar
sudah sehabis baik aku mencari
namun tak aku ketemui
apa yang aku temui
hanya bahagia yang sementara
yang manisnya hilang bersama masa
dan aku pun mencari semula
cahaya yang putih terang
dan karma itu
berpusing pusing menghantui aku
tanah mana pun aku larikan diri
sedih, realitinya
masih di takuk itu letaknya aku
dimana kau cahaya
apakah kau tak sudi menemani aku
mengharungi hidup kini dan nanti yang pasti
astaghfirullahala'zim
Wednesday, September 3, 2014
Tuesday, August 5, 2014
Di Pondok Kecil
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun
Di suatu hari Ayah berkata
Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya kucium
Air mata mengalir hatiku pilu
Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan Ayah semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menangis
Andai Ayah gugur doakan biar syahid
Selamat berjuang Ayah tercinta
Kau pergi dulu Ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam
Wahai abangku ke mana Ayah
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah
Wahai abangku ke mana Ayah
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah
Duhai adikku sayang jangan menangis
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah
Berjuang dan berkorban walau di mana jua
Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam
Lagu ni tiba2 ke udara di corong radio semalam. Aku terdiam. Aku bergenang.
Ya, mungkin abahku pergi bukan dalam syahidNya, tapi aku tetap rindukan seorang ayah
Walau sekejap namun cukup buatkan aku terimpi2 keadaan sekiranya arwah abah masih ada
apa mungkin aku akan bercerita pada dia tentang siapa yang berkenan dihati
apa mungkin dia akan menghantar dan menjemput aku tatkala mahu kemana2
apa mungkin dia akan bersama2 kami saat suka dan duka
Dan aku terkedu. Melihat diri sendiri. Merenung impian yang tidak tergapai. Mengenang nikmat yang singgah sebentar. Memendam impian luhur seorang anak.
Selamat Hari Raya Abah
Haji Mohamed Bin Abdul
TL: 091239
TM: 040108
I miss the way we enjoy our talks T-T
Sunday, July 20, 2014
Ramadhan 2014 - help line
Bismillahirahmanirahim
Ada yang datang sekali sekala ada yang datang bertalu-talu
For me this Ramadhan is the month that had surely tested my patience
Dengan sakitnya mak aku tanggung, dengan sayunya tangisan adik dan akak aku
Ya memang aku lemah, aku lemah bila ada berkaitan dengan keluarga aku
Biar aku yang sakit jangan mereka menjerit
Biar aku yang pendam jangan mereka terasa
Tapi selemah-lemah aku, aku masih ada Tuhan dan sifat perikemanusiaan
Sekurang-kurang ajaran aku tidak akan menbentak pada benda yang tidak perlu
Tidak mudah nak buat aku melontarkan perkataan 'b*b*' s**l walau sekalipun
Sebab aku ingat janji Tuhan, aku ingat bibit kata yang tertulis dalam al-Quran
Ya aku jadi kuat sebab itu, sebab janji yang Maha Esa pada hambanya
Aku bukan hamba yang baik, aku pernah buat salah, dosa apatah lagi
Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk jadi orang yang lebih baik
Dan aku ingat lagi yang aku takkan sekali-kali tidak hormat pada orang tua
Walaupun waktu itu mak aku sendiri jatuh menangis kekecewaan menanggung kesakitan
'sampai hati orang lelaki buat perempuan macam ni'
bukan perempuan muda wani ni perempuan tua pulak tu
mak dah tua dah tak larat'
sayup tangisannya ditelefon
MasyaAllah, astaghfirullah
Itu saja yang aku mampu lafazkan
Sungguh dayus kau bertindak pada orang tua
Sungguh aku terbayang bagaimana nanti nasib keluarga kau
Ngadunya seorang ibu mana yang takkan meruntunkan hati si Anak
Ya aku pandai berlakon kuat, aku berlakon untuk mereka
Agar mereka tak goyah, agar mereka tak gentar
Biar mereka tahu ada yang kuat walau sejemput tipisnya
Ya aku sayang mereka
Semalam kau turunkan lagi dugaan yang hampir sama
Cukup untuk jadikan sesiapa yang tipis iman menjadi gila, gila dengan amarah
Aku sedih ya Allah tapi tangisan dan rintihan aku hanya untuk kau ya ALLAH
Hanya padaMu aku berserah dan aku tiada apa yang tinggal melainkan Kau ya ALLAH
Dan semalam Kau tunjuk kekuasaanMu, walau sedikit tapi hati ini tetap terpujuk
Pada mereka yang mengalami kesulitan, menghadapi dugaan walau sekelumit pun
Caranya satu, pulanglah pada Allah, sesungguhnya Dia menerima kita seadanya
When you are sad : At Taubah 9:51
When you are depressed : Ar Rad 13:28
When you are wronged : Yunus 10:85
When you are facing hardship : Al Insyirah 94:05
When you feel unappreciated : Al Insan 76:22
When you feel unlucky : Ibrahim 14:34
When you feel like a loser : Yusof 12:87
When you are seeking peace : Al Maaidah 5:16
(Source: www.muhammadiyah.org.sg)
Bila rasa hati tiba-tiba sebak, sedih dengan dugaan yang menimpa
Amakan diri untuk selak balik surah-surah di atas
Walaupun tidak dapat terus selesaikan masalah kita
Sekurang-kurangnya kita dapat rasa Allah pujuk kita dengan ayatnya
Wallahualam, Assalamualaikum
Friday, July 18, 2014
Ramadhan 2014
Alhamdulillah bila masih diberi peluang untuk merasakan ramadhan kali ini
Alhamdulillah bila masih diberi peluang untuk merebut segala ganjaran yang terbentang luas
Alhamdulillah bila Dia masih memberi rezeki tatkala ada yang meraba-raba mencari makan
Alhamdulillah bila masih dipanjangkan umur tatkala ada yang bertarung nyawa habis-habisan
Bulan ramadhan bulan yang mulia
Bulan ini bulan dimana semua syaitan diikat
Bulan ini bulan menahan segala keterlanjuran
Bulan ini bulan memperbanyakkan amal ibadah
Itu janji dan tuntutan Tuhan yang Maha Esa
Namun bulan ini tak diturunkan aman seperti selalu
Telah tumpahnya darah mereka yang tidak berdosa
Telah putusnya hormat antara saudara
Telah hadirnya perang antara mereka
Telah tibanya dugaan yang melibatkan semua
Dan kesannya.......
Muncullah para 'alim ulama', 'juri' dan 'hakim' yang tidak bertauliah
Melontar hujah tanpa akal fikiran
Membentang persepsi tanpa rasional
Dan tanpa disedari mereka......
Setiap satu menempah tiket untuk ke Neraka
Satu-satu tiket disimpan di bahu kiri
Satu-satu catatan yang buruknya direkodkan
Tanpa sedar mereka tenggelam dalam dunia mereka yang bagai tiada hujungnya
Dan aku
Memilih untuk senyap dan itu yang terbaik
Tatkala nafsu amarah bergelojak didalam hati
Aku pilih untuk sabar dan aku tahu sabar itu susah
Dan aku yakin yang satu hari nanti Allah akan persoalkan setiap tindak tanduk aku didunia
Lebih baik tidak dari awal
Daripada terlanjur kata dan perbuatan
Yang lahirkan sesalan dan permusuhan yang berpanjangan
Moga Kau sempatkan aku ke malam Lailatul QadarMu
Moga Kau sempatkan aku persiapkan diri dengan amal ibadahku
Agar nanti aku tidak tewas ditangan suara-suara yang berbisik kembali
Dan jadikan aku dalam golongan mereka yang redha dan zuhud didunia dan diakhirat nanti
InsyaAllah
DariMu aku datang dan kepadaMu aku kembali jua, Amin ya Rabb

Wednesday, May 21, 2014
manusia dan tamak
manusia dan tamak
ibarat roti canai dan kuah kari
tak boleh dipisahkan dan kurang sesuai dengan pilihan lain
tamak bagi aku nampak tak nampak je kat seseorang
for example, right now aku baru je listkan 4-5 orang yang aku kenal
yang akan kahwin dalam masa terdekat
MasyaAllah, senangnya jodoh diorang sampaiii~~
Happy tuk diorang of course, tapi at the same time
sedih dan tamak tuk tunggu saat tu
sedangkan aku sendiri sedar yang aku masih belum cukup mampu nak jadi bini orang
nak jaga famili sendiri tak tertanggung
apatah lagi nak menambah famili sendiri~~keliru tak,hahha
kadang2 aku wonder jugak,
bila agaknya time aku nak sampai, teringin jugak nak tahu
tapi tu semua qada' dan qadar
so we wait and see jela
habis cerita~~~
papepun aku doakan akak aku sampai jodoh dia, insyaAllah amin
p/s: terkadang rasa nak melamar jejaka idaman, malangnya kudrat belum cukup brann,heee

Subscribe to:
Posts (Atom)